'Patik minta ampun, patik derhaka...'

Firdaus Asraf membuat permohonan maaf melalui akaun Twitternya @frdsasrf
Firdaus Asraf membuat permohonan maaf melalui akaun Twitternya @frdsasrf
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas dikecam kerana menjadi penyebab kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter baginda, seorang pengguna laman sosial itu dengan nama @frdsasrf membuat permohonan maaf hari ini.

Pengguna Twitter itu, Firdaus Asraf membuat status ‘Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah’ sambil disusuli dengan ucapan permohonan maaf.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Adalah dengan penuh hormat dan takzimnya patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat-kerabat di Raja sekalian dalam keadaan sihat walafiat, dilimpahi kurnia segara kebesaran dengan penuh kemuliaan dan kedaulatannya.

Ampun tuanku beribu-ribu ampun,

Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan dari patik berlaku biadab terhadap tuanku.

Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang telah durhaka terhadap raja serta kerabat-kerabatnya.

Patik dengan ini merendahkan diri memohon segala keampunan daripada Raja Permaisuri Agong.

Artikel Berkaitan:

Ampun tuanku beribu-ribu ampun,

Seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan tuanku dan patik bersedia menghadap tuanku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” tulis Firdaus Asraf.

No Image Caption

Awal pagi tadi, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong bertindak menyahaktifkan akaun Twitter baginda, @cheminahsayang.

Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf.

Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respons bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan 'kurang ajar' ini terus 'naik lemak'.

Menurutnya, golongan tidak menghormati institusi diraja ini sebenarnya sudah 'dicuci otak' oleh pihak tertentu untuk membenci institusi diraja sekaligus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah tutup Twitter, netizen rayu aktif semula

Ambil tindakan tegas kepada golongan 'kurang ajar': Musa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!