PPM rampas 150,600 batang rokok tanpa cukai

Seorang anggota PPM menunjukkan kotak rokok yang dirampas dari dua kedai runcit semalam.
Seorang anggota PPM menunjukkan kotak rokok yang dirampas dari dua kedai runcit semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya merampas ratusan kotak rokok dipercayai tidak dibayar cukai di dua premis di Ayer Itam di sini pagi semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, dalam serbuan pada jam 8.50 pagi itu, pihaknya merampas 753 karton melibatkan sebanyak 150,600 batang rokok.

Menurutnya, nilai keseluruhan jumlah rampasan tersebut adalah RM136,142.

"Bertindak atas maklumat, kita melancarkan operasi khas dengan menyerbu dua kedai runcit dimiliki dua lelaki.

"Pemeriksaan di kedai itu mendapati pelbagai jenis rokok putih yang disorokkan dalam stor simpanan barang di bahagian tengah dan kaunter kedai.

"Setelah diperiksa. semua rokok tersebut disyaki tidak dibayar cukai. Kita menahan dua pemilik kedai yang berusia 41 dan 54 tahun manakala barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Rosman berkata, kedua-dua lelaki tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

"Kita akan terus menjalankan operasi dan pemeriksaan ke atas semua 'outlet', vesel, bot, feri dan kapal kargo bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang terutama dari segi penyeludupan barangan serta kemasukan warga asing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!