Keterujaan tiga pelajar daki Bukit Larut undang padah

Anggota bomba meneliti keadaan tiga mangsa pelajar yang keletihan setelah tersesat di hutan Bukit Larut Taiping, hari ini.
Anggota bomba meneliti keadaan tiga mangsa pelajar yang keletihan setelah tersesat di hutan Bukit Larut Taiping, hari ini.
A
A
A

TAIPING - Keterujaan tiga pelajar mendaki Bukit Larut di sini mengundang padah apabila sesat di dalam hutan itu, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Kanan Penguasa Bomba Rafeel Hairul Richard berkata, kesemua mangsa berusia 14 hingga 16 tahun itu melakukan aktiviti mendaki bukit itu pada waktu pagi.

"Selepas menerima panggilan telefon daripada salah seorang mangsa jam 2.35 petang memaklumkan mereka tersesat selepas tersasar dari laluan dalam hutan bukit itu, dua jentera bomba ke lokasi melalui Jalan Pondok 1 bagi mengesan mangsa dengan kerjasama polis.

“Mereka ditemukan pada ketinggian 100 meter dari jalan berturap iaitu laluan utama ke bukit peranginan itu jam 5.19 petang dalam keadaan lemah dan kepenatan, namun tiada sebarang kecederaan dikesan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Keadaan ketiga-tiga mangsa pelajar yang keletihan setelah tersesat sewaktu mendaki Bukit Larut, hari ini.
Keadaan ketiga-tiga mangsa pelajar yang keletihan setelah tersesat sewaktu mendaki Bukit Larut, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dibawa keluar dari hutan berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang melakukan aktiviti pendakian di bukit ini dinasihatkan mengikut laluan sedia ada bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!