'Bukti penyatuan ummah berkesan' - Takiyuddin

Takiyuddin (tiga dari kanan) berbual mesra dengan Annuar (dua dari kiri) pada Final Countdown Himpunan Perpaduan Ummah Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves malam tadi.
Takiyuddin (tiga dari kanan) berbual mesra dengan Annuar (dua dari kiri) pada Final Countdown Himpunan Perpaduan Ummah Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves malam tadi.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMASKINI] Kesanggupan masyarakat Kampung Memali, Baling kembali menjalinkan hubungan persaudaraan dengan jiran-jiran mereka dari UMNO susulan tragedi Memali membuktikan agenda perpaduan ummah disokong sepenuhnya orang Islam seluruh negara.

Setiauasaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan pihak tertentu cuba merosakkan hubungan Pas-UMNO dengan menimbulkan isu tragedi Memali dan dakwaan Pas mengkafirkan UMNO menunjukkan kebimbangan mereka terhadap potensi besar bakal dikecapi hasil kerjasama dua parti Melayu itu.

Menurutnya, pihaknya turut kesal pihak berkenaan tidak menyatakan individu mengarahkan anggota keselamatan sewaktu tragedi berdarah Memali berlaku adalah Perdana Menteri ketika ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peristiwa Memali bukan peristiwa Pas lawan UMNO, tetapi kejadian tercetus setelah anggota keselamatan bertindak atas arahan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri kerajaan hari ini.

"Jika peristiwa Memali jadi ukuran, kita dapat laporan rasmi daripada Pas Baling, masyarakat Kampung Memali yang terkesan dengan tragedi itu dan sebelum ini tidak dapat menerima kehadiran orang UMNO dalam kampung mereka, kini sudah boleh berbaik-baik.

"Kita juga akan buat contoh jika ada kawasan Pas masih keras sukar menerima perpaduan ummah, kena contohi orang Memali sendiri sudah berbaik dengan UMNO ketika ini," katanya sewaktu berucap dalam Final Countdown Himpunan Perpaduan Ummah Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves di sini malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Takiyuddin berkata, Pas dan UMNO kini enggan berpaling ke belakang dengan memikirkan perselisihan lampau, sebaliknya bertekad bersama-sama menyokong perpaduan ummah demi memastikan kedaulatan Islam dan kedudukan Melayu dalam landasan betul.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut mendedahkan kajian pihaknya menunjukkan sekiranya Pas bergabung UMNO sebelum PRU14, maka UMNO bukan sahaja akan kehilangan kerajaan, malahan bakal kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen.

Menurutnya, kesan sama akan turut dirasai Pas apabila parti itu kemungkinan hanya mampu menang satu atau dua kerusi Parlimen, berbanding 18 kerusi dimenangi ketika ini.

"Ramai orang persoal dan kecewa agenda penyatuan ummah ini tidak dibuat sebelum PRU14.

"Namun saya menegaskan taktik Pakatan Harapan menggunakan segala fitnah dan tipu daya untuk meracuni pemikiran rakyat menjadi faktor mengapa kepimpinan Pas enggan memetarai kerjasama rasmi dengan UMNO sebelum PRU14.

"Dengan taktik penyebaran dakwaan kononnya apabila Pas gabung UMNO, Pas akan lari daripada perjuangan selain dituduh dirasuah UMNO, pimpinan terpaksa buat keputusan jika gabung sebelum PRU14, kita mungkin kalah lebih teruk," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!