Liverpool enggan terburu-buru guna khidmat Alisson

Alisson terpaksa dibawa keluar selepas di belenggu kecederaan betis pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris 10 Ogos lalu.
Alisson terpaksa dibawa keluar selepas di belenggu kecederaan betis pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris 10 Ogos lalu.
A
A
A

JURULATIH penjaga gawang Liverpool, John Achterberg lega apabila kecederaan yang membelenggu benteng pertahanan terakhir The Reds, Alisson Ramses Becker telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan.

Khidmat penjaga gol antarabangsa Brazil itu terpaksa diketepikan dalam tiga perlawanan sebelum ini selepas Alisson berdepan kecederaan betis ketika membantu

The Reds meraih kemenangan 4-1 ke atas Norwich City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris 10 Ogos lalu.

Adrian San Miguel del Castillo yang menggantikan posisi Alisson telah memberikan komitmen seratus peratus apabila berjaya membantu Liverpool berada di puncak liga dengan mengutip 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Alisson terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan semasa menentang Norwich City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, 10 Ogos lalu.
Alisson terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan semasa menentang Norwich City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, 10 Ogos lalu.

Masa rehat antarabangsa telah memberikan ruang buat Alisson untuk kembali cergas daripada belenggu kecederaan yang dialaminya itu, namun Achterberg mengakui penjaga gawang berusia 26 tahun itu masih memerlukan sedikit masa lagi untuk bersama pasukan.

“Sejak beberapa hari kebelakangan ini dia mula menyertai pasukan dengan menjalani latihan ringan. Alisson telah menunjukkan perkembangan yang mantap tetapi kami tidak boleh terburu-buru menggunakan khidmatnya.

“Ali telah bekerja keras dengan pelatih kecergasan di gym untuk meningkatkan kekuatan dan cuba untuk menjaga tahap kecergasannya,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!