Pengurus agensi perladangan rugi RM13,400 ditipu scammer

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengurus sebuah agensi perladangan di Temerloh menjadi mangsa ‘scammer’ yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan polis dari Alor Setar, Kedah sehingga kerugian RM13,400 semalam.

Mangsa berusia 37 tahun itu dihubungi melalui telefon dan didakwa terlibat dalam kes langgar lari di daerah itu oleh anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai dari Mahkamah Majistret Alor Setar.

Mangsa menerima panggilan itu ketika berada di pejabatnya kira-kira jam 12,27 tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek menyambungkan panggilan kepada seorang pegawai polis bagi tujuan semakan selepas mangsa menafikan dakwaan itu.

Menurutnya, mangsa berurusan dengan pegawai polis yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Herman sebelum dimaklumkan dia turut dikehendaki berhubung kes pengubahan wang haram selepas nombor kad pengenalannya disemak.

“Mangsa diarahkan supaya memindahkan wang dari akaun bank miliknya ke sebuah akaun lain yang diberikan suspek bagi tujuan siasatan atau akan ditangkap jika gagal berbuat demikian.

“Mangsa yang bimbang, akur dan memindahkan wang daripada akaun bank miliknya berjumlah RM13,400 ke akaun atas nama seorang lelaki pada hari sama," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas membuat bayaran itu, mangsa sedar ditipu dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Kita buka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!