Bersatu jangan jadi macam Umno

Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pimpinan dan ahli supaya menjaga parti itu sebaiknya agar tidak menerima nasib yang sama sepertimana Umno.

Katanya, jika ada yang menyeleweng daripada matlamat asal perjuangan, tidak mustahil Bersatu akan menerima nasib yang sama sepertimana Umno pada PRU14 lalu.

"Lihat apa yang jadi kepada Umno dan ia boleh jadi kepada kita kalau kita buat kelakuan tidak baik. Peraturan yang kita kena patuhi ini adalah untuk kebaikan parti dan kita.

"Kalau parti kita menang, sedikit sebanyak kita dapat nikmat dan kalau kalau parti kita hancur, walaupun berjawatan tinggi yang kita pegang ia tidak ada makna lagi kerana parti hancur," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Katanya, teguran yang diberi sepanjang pembahasan pada persidangan kali ini adalah untuk kebaikan bersama.

Justeru beliau mengajak ahli Bersatu untuk bersama-sama bermuhasabah diri.

"Kita telah dengar teguran dan nasihat dalam ucapan yang disampai oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, mungkin kita fikir untuk orang lain tapi ini untuk kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai persidangan kali kedua ini, Dr Mahathir nyata berpuas hati.

Artikel Berkaitan:

"Saya berpuas hati dengan perhimpunan ini, saya percaya penyertaan wakil adalah seramai 1,900 dan sehingga waktu ini masih berada di sini.

"Biarlah semuanya merah, ia 'warning' jangan cuba lawan awak akan binasa," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa perjuangan Bersatu bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya demi rakyat.

"Perjuangan kita bukan untuk kita tapi untuk bangsa kita yang sudah jadi berbilang kaum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!