Hadiah Nobel olok-olok angkat kajian luar biasa
NEW YORK - Hadiah Nobel olok-olok pada tahun ini menyaksikan beberapa kajian luar biasa diangkat sebagai pemenang.
Pasukan dari Jepun yang menyukat jumlah air liur kanak-kanak dan mengkaji keseronokan dihasilkan ketika menggaru antara yang mendapat penghormatan dalam Hadiah Nobel Tahunan Ig kali ke-29 tersebut.
Anugerah itu akan diberikan dalam satu acara yang berlangsung di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts pada Khamis semalam.
Menurut penganjur, hadiah Nobel itu bertujuan untuk meraikan imaginasi luar biasa dan merangsang minat orang ramai dalam bidang sains, perubatan dan teknologi.
Bagi anugerah tertinggi dalam kategori anatomi berjaya dimenangi Roger Mieusset dan Bourras Bengoudifa bagi projek yang berjaya 2007 mereka mengukur sifat tidak simetri suhu alat sulit pada posmen yang tidak berpakaian di Perancis.
Fritz Strack dari University of Würzburg pula memenangi hadiah bagi psikologi untuk penemuan 'memegang pen dalam mulut menyebabkan seseorang tersenyum sebagai tanda bahagia, namun mendapati ia sebaliknya'.
Iman Farahbakhsh dari Iran pula memenangi anugerah kejuruteraan yang mencipta mesin yang mengubah lampin bayi yang dipatenkan di Amerika Syarikat tahun lalu.
Pasukan antarabangsa pula menerima Hadiah Keamanan anti-Nobel untuk mengukur kebahagiaan menggaru gatal-gatal manakala Silvano Gallus memenagi anugerah perubatan bahawa piza dapat melindungi daripada penyakit dan kematian, tetapi hanya jika ia dibuat dan dimakan di Itali.
Pemenang menerima wang tunai AS$10 trilion dalam mata wang Zimbabwe yang tidak memiliki sebarang nilai.
Sama seperti tahun sebelum ini, semua anugerah terbabit disampaikan oleh barisan pemenang sebenar Hadiah Nobel. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!