Ubat tiruan lebih hampir RM1 juta dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
KUCHING - Sebuah premis memproses ubat-ubatan disyaki tiruan yang dipercayai diseludup dari China dibongkar Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuching dalam Op Libas di rumah di Jalan Stutong Stampin Baru di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, Superintendan Rosdi Inai berkata, pihaknya merampas kesemua ubat-ubatan di premis berkenaan yang dianggar bernilai RM957,812 dalam serbuan jam 4 petang itu.

Menurutnya, barang pemprosesan ubat-ubatan berkenaan yang dipercayai tiada kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga dirampas, selain seorang lelaki berumur 42 tahun dipercayai penjaga premis tersebut ditahan.

“Beliau gagal menunjukkan sebarang dokumen dan kebenaran memproses ubat berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, barangan ini dipercayai diproses di premis tersebut dan ianya akan dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Artikel Berkaitan:


Katanya, suspek diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut, manakala barang rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk siasatan mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!