Peneroka Felda maut terlibat nahas dengan lori

Keadaan di lokasi kejadian kemalangan melibatkan Toyota Avanza dan lori muatan batu petang tadi. - Foto PDRM
Keadaan di lokasi kejadian kemalangan melibatkan Toyota Avanza dan lori muatan batu petang tadi. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang peneroka Felda maut apabila kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan, Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, mangsa, Muhammad Azman Shah Ariffin, 59, memandu kereta jenis Toyota Avanza dari arah Batu Kikir menghala ke Kuala Pilah.

"Muhammad Azman cuba memotong kenderaan di hadapannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan dalam masa sama, terdapat sebuah lori di laluan berkenaan mengakibatkan pertembungan secara depan dengan depan di laluan lori," katanya ketika mengesahkan laporan malam ini.

Syahrul Anuar berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori yang merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dari Felda Serting Hilir 3, Jempol," katanya.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!