Hina institusi diraja: Khalid akan dibebaskan dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath yang ditahan semalam berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya diambil pagi ini dan tiada permohonan reman dibuat.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dengan beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Media melaporkan Khalid ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di rumahnya di Klang, Selangor pada jam 10.30 malam tadi.
Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telefon bimbitnya dirampas untuk siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda dan akaun Twitter baginda diaktifkan semula pagi ini. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Kontraktor perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 gagal patuh notis arahan
Jurujual mengaku tidak bersalah rasuah pembantu penguat kuasa MBIP
Polis tunggu siasatan, laporan lengkap kes pelajar dirotan guru
Hilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
Buaya mati dilanggar SUV di lebuh raya
Dua beranak maut: Isteri sempat mohon maaf sebelum kereta terbalik