HPU bukti rakyat cintakan keamanan: Annuar
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kejayaan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang melakar sejarah tersendiri hari ini bukti rakyat sememangnya cintakan keamanan.
Menurutnya, tiada siapa yang dapat tewaskan penyatuan kedua-dua parti politik yang memilih jalan damai selepas menjadi sejak sekian lama itu.
"Kita (UMNO dan Pas) akan terus mara ke hadapan bermula hari ini dan tiada siapa yang dapat tewaskan kami.
"Tidak dapat dinafikan, penyatuan UMNO dan Pas ini rasa resah dan gelisah pihak tertentu hingga melabelkan himpunan dengan pelbagai cercaan.
"Tapi kami ingin berpesan kepada mereka, himpunan yang berlangsung hari ini membawa maksud bahawa rakyat cintakan keamanan," katanya ketika berucap pada HPU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Hadir sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PWTC hari ini juga turut melakar sejarah apabila menjadi saksi majlis menandatangani dan pemasyhuran piagam UMNO- Pas.
Majlis tandatangan piagam itu disempurnakan Ahmad Zahid mewakili UMNO dan Abdul Hadi mewakili Pas yang turut disaksikan pemimpin tertinggi lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!