Pembenihan awan di Selangor dalam masa terdekat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melakukan pembenihan awan di Selangor dalam masa terdekat bagi mengurangkan indeks pencemaran udara disebabkan jerebu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi sedang bersiap siaga menunggu masa sesuai.

"Pembenihan awan akan dilakukan beberapa hari ini dan kita tumpukan untuk mencari masa sesuai," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Kemakmuran Bersama 2021-2030 di sini hari ini.

Menyentuh mengenai bantuan dihulurkan kepada Indonesia untuk memadamkan kebakaran terbuka, beliau berkata, sokongan dan bantuan Kedutaan Malaysia telah diberikan.

"Keutamaan kita adalah untuk pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu," katanya.

Ditanya mengenai empat syarikat Malaysia yang didakwa menjadi punca jerebu merentasi sempadan, beliau berkata, Indonesia berhak melakukan siasatan.

"Mereka boleh siasat dan ambil tindakan sekiranya perlu. Itu tanah mereka dan mereka ada kuasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!