Warga emas jual makanan murah demi pelanggan kurang mampu
COIMBATORE - [DIKEMASKINI] Usia tua bukan penghalang buat seorang nenek berusia 80 tahun dari Coimbatore, India untuk berbuat kebaikan.
Sejak 30 tahun lalu, Kamalaathaal membuka gerai kecil menjual idli dengan harga yang sangat murah.
Dengan hanya 1 Rupee (RM0.06) pelanggannya mampu menikmati hidangan idli yang enak berserta kuah percuma.
Menurut Kamalaathaal, meskipun untung yang diperoleh tidak seberapa namun dia tidak akan menaikkan harga jualan kerana mahu terus menjamu golongan yang tidak mampu.
"Saya tidak akan menaikkan harga sampai bila-bila," kata warga emas itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!