Kasih UMNO-Pas kembali bertaut di PWTC

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kasih terputus di tengah jalan kembali bertaut, itu gambaran yang boleh diperkatakan berlaku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang dua hari berlangsungnya Perhimpunan Penyatuan Ummah di sini.

Mungkin tumpuan utama rakyat Malaysia terutama kaum Melayu beragama Islam ialah pada hari kemuncak di mana Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas duduk di atas satu pentas, lagu parti Islam berkumandang di rumah parti Melayu dan Majlis Menandatangani Piagam Muafakat Nasional.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian sepanjang himpunan berlangsung, penyokong kedua-dua parti kelihatan bersemangat hadir seawal pagi bagi memberikan sokongan dan melihat sejarah dua parti terbesar Melayu bersatu yang boleh diibaratkan merestui usaha tersebut.

Mereka yang datang ini seawal jam 7 pagi dengan mengenakan pakaian serba putih menarik perhatian umum, malah ada yang datang dari negeri jauh seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah.

No Image Caption

Apa yang menarik adalah toleransi dan bantu-membantu antara orang Melayu Islam ini melangkaui batas politik.

Kisah penyatuan ummah ini merupakan kesinambungan gagasan perpaduan Perikatan-Pas yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO dan Yang Dipertua Agung Pas, Allahyarham Tan Sri Mohamad Asri Muda pada 28 Disember 1972 yang terputus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi

‘Hantu-hantu penjajah’ bencikan perpaduan Melayu

Artikel Berkaitan:

Penyatuan ini disambung kembali dan kali ini ia diserikan dengan kerjasama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Meskipun diserang kiri kanan, atas dan bawah, pemimpin kedua-dua parti ini tetap teguh berdiri memasak tiang-tiang seri bagi membina ‘rumah baru’ dalam menzahirkan penyatuan dua parti Melayu terbesar di Malaysia.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Perit jerih ditempuh penuh tabah, akhirnya piagam termeterai maka tumpahlah air mata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tatkala membacakan kandungan piagam.

Beliau tidak berseorangan, ramai menitiskan air mata terharu, bangga dan lega barangkali kerana akhirnya penyatuan diikat secara rasmi.

No Image Caption

Semangat ahli sangat membara, bersemangat dan positif untuk menempuh masa hadapan.

Penyatuan itu akan membuka pelbagai cerita, meneroka dimensi baru namun matlamatnya tetap sama, mengangkat suara ummah agar perpaduan, keharmonian negara terus terpelihara.

Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!