Sayur campur sambal
BAHAN-BAHAN A (dikisar):
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering (direbus)
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN B:
4 sudu besar minyak masak
1 biji terung (dipotong)
100g kacang pajang (dipotong)
2 batang kacang botor (dihiris)
1/2 cawan petai di belah dua
1 batang cili merah (dihiris)
1 biji bawang dihiris
1 sudu besar Rasa Sifu Penambah Perisa Semua Dalam Satu
CARA MEMASAK:
1- Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan A sehingga pecah minyak.
2- Perasakan dengan Rasa Sifu dan kacau rata.
3- Masukkan terung dan kacang panjang, kacau rata sehingga separuh masak.
4- Masukkan kacang botor dan petai. Kacau rata sebentar.
5- Masukkan cili merah dan bawang besar serta kacau sehingga sedikit layu.
6- Sedia untuk dihidang untuk empat hingga lima orang.
Sumber: Rasa Sifu Ajinomoto
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!