Penyatuan ummah tidak usik hak kaum lain
SHAH ALAM - Hak perjuangan kaum lain tidak akan diusik sebaliknya ditambah baik di bawah penyatuan ummah.
Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, penyatuan ummah UMNO dan Pas merupakan satu langkah permulaan bagi gerak kerja politik Malaysia yang inklusif.
Menurutnya, penyatuan itu berpaksikan Perlembagaan negara dengan mengambil kira kemajmukan negara dan kedinamikan politik semasa.
"Walaupun penyatuan ummah untuk umat Islam dan Melayu, namun hak-hak perjuangan untuk semua kaum tidak akan diusik malah akan ditambah baik lagi.
"Islam tidak menyuruh dan langsung tidak membenarkan umatnya menindas sesama manusia terutama sekali kepada kaum bukan Islam.
"Sentiasa tolong-menolong dan berbaik sangka adalah yang wajib diamalkan oleh seluruh rakyat di negara ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!