PERR 2019: Melaka tumbangkan juara bertahan
MELAKA mencipta kejutan tersendiri apabila menumbangkan juara Piala Agong, Pahang 1-0 pada aksi Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-79 2019 semalam.
Momentum juara bertahan berganda 2018 itu dipadam dengan jaringan tunggal pemain Melaka, Amirul Syafiq Abdul Rahim pada minit ke-50 perlawanan di Padang Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Skuad Ahmad Yusoff baru sahaja mempertahankan Piala Agong dengan membenam Terengganu 4-0 di Pekan, Ahad lalu.
Kemenangan tipis itu membolehkan Melaka menerajui Kumpulan C diikuti Negeri Sembilan yang dihampakan jaringan penyamaan minit akhir pemain Kelantan, Muhammad Nurudin untuk terikat 1-1.
Negeri Sembilan, juara PERR dua kali pada 1992 dan 2015, membuka tirai gol menerusi Arif Afiq Muhamad pada minit ke-53 di padang UUM berdekatan.
Angkatan Tentera Malaysia hanya akan beraksi hari menentang Negeri Sembilan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengetuai Kumpulan A selepas menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) FC 2-1 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra.
Satu lagi aksi kumpulan ini menyaksikan juara PERR 12 kali, Selangor meraih mata penuh setelah mengatasi muka baharu kejohanan, Perbadanan Stadium Sarawak (PSS) 1-0 di Stadium Mini Jitra.
KEPUTUSAN
Kumpulan A:
PSS 0 - 1 Selangor
DBKL FC 1 - 2 PDRM
Kumpulan C:
Negeri Sembilan 1 - 1 Kelantan Melaka 1 - 0 Pahang
JADUAL HARI INI
Kumpulan A:
MISC lawan PSS
(Polimas)
PDRM lawan Selangor
(Std Mini Jitra)
Kumpulan B:
Kingstown Klang FC lwn Terengganu;
Singapura lawan Pulau Pinang (UUM, Sintok)
Kumpulan C:
ATM lawan Negeri Sembilan
Kelantan lawan Pahang
(UUM, Sintok)
Kumpulan D:
Perak lawan Kuala Lumpur
Kedah lawan Perlis
(UUM, Sintok)
* Sepak mula 4.45 petang kecuali Kedah-Perlis, 8.45 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!