Sejam pujuk lelaki cuba terjun pencawang elektrik
SEPANG - Anggota bomba mengambil masa hampir satu jam dalam usaha memujuk dan menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari pencawang elektrik dengan ketinggian hampir 50 meter di Kampung Ladang Fermanagh, Taman Teluk Merbau di Sungai Pelek di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada jam 8.31 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang tiba di lokasi 20 minit kemudian.
"Anggota bomba yang ke lokasi mendapati terdapat seorang lelaki kurang siuman memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi itu dan cuba terjun.
"Hampir satu jam anggota bomba memujuk lelaki berusia 38 tahun itu, dia turun sendiri selepas mendengar nasihat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!