Lelaki bunuh bekas isteri direman tujuh hari

Mayat Nor Hidayah ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal pada jam 6 petang, Jumaat lalu.
Mayat Nor Hidayah ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal pada jam 6 petang, Jumaat lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di sebuah pangsapuri di Prima Damansara di sini Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang juga bekas suami mangsa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tampin awal pagi tadi.

“Suspek berusia 40 tahun itu menyerah diri di IPD Tampin kira-kira jam 1.35 pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, mayat mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, yang bekerja sebagai kerani syarikat pengiklanan ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal pada jam 6 petang.

Sebelum ini akhbar melaporkan, wanita itu dibunuh selepas dia enggan rujuk semula dengan bekas suaminya.

Bekas suami mangsa juga didakwa sudah beberapa kali datang memujuk wanita itu untuk merujuk kembali hubungan mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!