Budak maut, motosikal ditunggang bapa kemalangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki warga Pakistan maut manakala ibu bapanya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai melanggar basikal di Jalan Alam Suria, Bandar Puncak Alam malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Taseer Ahmad, 2, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, mangsa dan ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari pasar malam.

"Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang juga penunggang motosikal Modenas melalui lokasi kejadian melanggar basikal dari arah belakang," katanya.

Noor Janihan memberitahu, pelanggaran mengakibatkan motosikal yang dinaiki semua mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.

"Bapa mangsa berusia lingkungan 30-an parah pada kepala dan ibu mangsa berusia 31 tahun hanya cedera ringan.

"Ibu bapa kanak-kanak lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut manakala mangsa (kanak-kanak lelaki) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, penunggang basikal dipercayai warga asing pula tidak dapat dikenalpasti berikutan melarikan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!