Dr Mahathir sedia pertimbang terima Azmin sertai Bersatu

Bersatu sedia untuk menerima mana-mana pihak menyertai parti itu termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya ada permohonan. - Foto Bernama
Bersatu sedia untuk menerima mana-mana pihak menyertai parti itu termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya ada permohonan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bersatu sedia mempertimbangkan untuk menerima mana-mana pihak menyertai parti itu termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya ada permohonan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang diasaskan beliau itu terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang.

"Kalau ada permohonan (daripada Mohamed Azmin), kita timbanglah (masuk Bersatu)," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program The Putrajaya Boat Race 2019 di Kelab Tasik Putrajaya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Mohamed Azmin akan menyertai Bersatu susulan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilihat turut menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu di Shah Alam baru-baru ini.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kehadiran Mohamed Azmin tidak sewajarnya dipertikai kerana pemimpin lain turut dijemput menghadiri majlis itu.

"Kami jemput pemimpin-pemimpin (parti lain). Ramai yang datang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!