Dr Mahathir, isteri saksi The Boat Race Putrajaya 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan pusingan akhir perlumbaan bot di antara Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia pada Pertandingan 'The Boat Race Putrajaya 2019' di Tasik Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan pertandingan mendayung perahu ‘The Putrajaya Boat Race 2019’, aktiviti yang pernah beliau cadangkan ketika Putrajaya dibangunkan dahulu.

Dr Mahathir berkata beliau mencadangkan acara mendayung perahu itu diadakan seperti yang dianjurkan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun.

Di Kedah, katanya acara perlumbaan sedemikian diadakan pada Hari Keputeraan Sultan Kedah menggunakan perahu Melayu.

"Dulu dicadang diadakan acara ini tetapi tiada sambutan, sehingga saya sekarang jadi Perdana Menteri 'diktator' untuk kali kedua dan saya paksa untuk adakan pertandingan mendayung perahu," katanya secara berseloroh pada sidang media selepas acara itu di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika hadir bagi menyaksikan pusingan akhir perlumbaan bot di antara Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia pada Pertandingan 'The Boat Race Putrajaya 2019' di Tasik Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad serta Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim menaiki cruise dari Yayasan Kepimpinan Perdana ke Kelab Tasik Putrajaya untuk menyaksikan pertandingan akhir antara skuad mendayung lelaki Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pertandingan itu dimenangi skuad mendayung UPM yang membawa pulang wang tunai RM1,500, pingat dan piala pusingan, manakala pasukan UM meraih RM500 berserta pingat.

Dr Mahathir berharap The Putrajaya Boat Race akan dijadikan acara tahunan.

Artikel Berkaitan:

"Media mesti umum acara ini. Ia mesti menjadi satu lagi pertunjukan yang boleh menarik pelancong asing datang ke acara ini,” katanya.

Sebanyak 14 pasukan berentap dalam perlumbaan 3.8 kilometer di Tasik Putrajaya itu melibatkan tujuh kategori iaitu universiti (lelaki dan wanita), rakan sekutu universiti (lelaki dan wanita), pasukan beruniform, pihak berkuasa tempatan dan sekolah.

Kategori universiti wanita turut dimenangi skuad UPM dan pasukan wanita UM di tempat kedua. - BERNAMA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!