Lelaki ditemui mati berlumuran darah atas pelantar

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan serius di kepala.
Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan serius di kepala.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pelantar di Jalan Hujung Pasir, Pantai Remis awal pagi tadi.

Mangsa ditemui orang awam sekitar jam 3.10 pagi dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan serius di kepala.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, lelaki yang belum dapat dikenal pasti identiti itu dipercayai dibunuh tidak lama sebelum mayatnya ditemui.

"Siasatan di tempat kejadian turut menemui sebatang kayu beluti yang mempunyai kesan darah, tidak jauh dari mayat terbabit.

"Berdasarkan kesan kecederaan, kita percaya senjata itu digunakan untuk memukul mangsa di bahagian kepala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program I love Kledang Hill Night Run 2019 di Menglembu di sini hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

"Setakat ini motif pembunuhan belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

I love Kledang Hill Night Run 2019 yang masuk tahun keempat itu disertai lebih 300 orang berusia antara 18 hingga 51 tahun ke atas.

Artikel Berkaitan:

Istimewanya tahun ini, larian anjuran Menglembu Runners Fan Club dan Kawasan Rukun Tetangga Menglembu Barat itu diadakan pada waktu malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!