LKIM sambut baik cadangan bentuk konsortium bantu nelayan

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyifatkan cadangan kerajaan untuk membentuk konsortium bagi memodenkan nelayan dengan pemilikan vessel baharu berserta teknologi moden bertepatan dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan nelayan pantai di negara ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya juga sedia menggerakkan usaha itu demi mencapai kemakmuran bersama.

Menurutnya, usaha murni itu tidak akan mampu tercapai jika tiada kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat.

"Justeru, LKIM dan nelayan harus berganding bahu dengan semangat dan nadi yang satu menyokong dan menggerakkan usaha kerajaan ini demi pencapaian negara yang lebih maju dan makmur.

"Usaha ini dapat memastikan golongan nelayan tidak terpinggir dalam agenda kemakmuran bersama (shared prosperity) yang didokong kerajaan hari ini," katanya dalam satu kenyataan sempena Sambutan Hari Malaysia.

Beliau berkata, seiring dengan perkembangan teknologi, golongan nelayan seharusnya berubah bagi memastikan tidak ketinggalan.

"Nelayan kini perlu mempunyai pemikiran untuk menceburi teknologi perikanan terbaru dan mempunyai vessel-vessel lebih moden dan canggih yang mampu membawa mereka ke laut lebih dalam.

"Ia sekali gus akan meningkatkan hasil tangkapan dan pendapatan mereka pada masa akan datang. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada aktiviti tangkapan ikan sahaja tetapi perlu dipelbagaikan dengan aktiviti lain termasuk terlibat dengan akuakultur, industri downstream dan agro-tourism," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media Rabu lalu memberitahu kerajaan melalui kementeriannya bercadang mempelawa pihak swasta melabur dan membentuk konsortium bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan nelayan pantai di negara ini.

Katanya, sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkenalkan pendekatan baharu dalam memastikan nasib golongan nelayan terus terbela.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!