Piagam Muafakat Nasional: BN Pahang tunggu panduan pusat

Wan Rosdy - Foto Bernama
Wan Rosdy - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang akan menunggu panduan selanjutnya daripada pusat berhubung sebarang tindakan susulan berkaitan Piagam Muafakat Nasional.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keselarasan gerak kerja tidak bertindih.

Menurutnya, beliau juga tidak mahu berlaku percanggahan di antara Pas dan UMNO.

“Apatah pula, piagam mengenainya (Muafakat Nasional) telah disepakati dan baru sahaja ditandatangani pagi semalam (kelmarin).

“Lanjutan itu, tentu ada banyak lagi urusan dan perkara yang perlu diteliti dan dibincangkan lagi untuk memastikan muafakat ini benar-benar berjaya," katanya.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara kelmarin. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara kelmarin. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Kelmarin, enam hasrat utama Piagam Muafakat Nasional digariskan pada Majlis Menandatangani Piagam itu sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama

Enam perkara berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.

Permuafakatan antara dua parti itu berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan dan bukan semata-mata agenda politik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!