Ubah kekeliruan perubatan Islam

Dr Mohd Fikri (tiga dari kiri) merasmikan persidangan itu di sini semalam.
Dr Mohd Fikri (tiga dari kiri) merasmikan persidangan itu di sini semalam.
A
A
A

KUANTAN - Perubatan Islam tidak terhad kepada doa rukyah dan bekam tetapi turut membabitkan rawatan yang mematuhi syariat.

Pengerusi Persidangan Nusantara, Dr Md Zihni Abdullah berkata, masyarakat perlu mengubah persepsi itu bagi mengelakkan kekeliruan.

"Mentaliti itu yang kena ubah dan cuba dibincangkan dalam persidangan bagi merungkai pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat ketika ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Nusantara ke3, Isu-isu Perubatan Menurut Perspektif Islam di di sini semalam.

Sebahagian yang hadir pada persidangan itu.
Sebahagian yang hadir pada persidangan itu.

Program tiga hari itu dirasmikan Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohd Fikri Ujang.

Persidangan dihadiri lebih 450 hadir peserta termasuk dari Indonesia, Thailand, Turki dan India.

Menurut Dr Md Zihni berkata,persidangan bertujuan membincangkan dan mencari satu hala tuju antara jalinan perubatan moden, dan tradisional yang patuh syariat Islam.

Justeru katanya, wakil ahli agama, akademik, pengamal perubatan akan mengupas keupayaan syariat Islam yang boleh diaplikasikan dalam bidang perubatan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dr Mohd Fikri berkata, Kementerian Kesihatan menggalakkan persidangan seumpama itu bagi meningkatkan kualiti perubatan di negara ini.

Tambahnya, usaha itu sebenarnya dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!