Dr Mahathir tiba di Kuching hadiri sambutan Hari Malaysia

Dr Mahathir bersalaman dengan orang ramai dan pemimpin akar umbi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri Sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak malam ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia 2019 di sini hari ini.

Pesawat membawa Perdana Menteri dan isteri dari Kuala Lumpur mendarat jam 10.20 pagi dan disambut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut berada di lapangan terbang ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jaul Samion.

Dr Mahathir turut dijadual menghadiri ‘Jum Berambeh Bersatu’ di Hotel Pullman di sini sebelum bertolak ke Stadium Perpaduan untuk menghadiri sambutan dan menyampaikan amanat Hari Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!