Segak bertanjak di Hari Malaysia!

Antara pengunjung di Dataran Merdeka yang segak bertanjak sempena Sambutan Hari Malaysia hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Antara pengunjung di Dataran Merdeka yang segak bertanjak sempena Sambutan Hari Malaysia hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka hari ini seolah-olah membawa negara kembali ke era awal Tanah Melayu apabila orang ramai yang hadir segak mengenakan busana tradisional Melayu dengan lengkap bertanjak.

Arif Abdul Rahman, 25, yang berasal dari Rawang berkata, dia turut terpanggil untuk mengenakan tanjak kerana bimbang busana tradisi itu hilang dibawa arus pemodenan.

"Saya juga mahu menyahut kempen 'Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak' yang sebelum ini digerakkan di media sosial.

"Saya harap lebih ramai anak muda kita tidak lagi segan mengenakan busana tradisional kita, kerana ini harta tradisi kita," katanya.

Sementara itu, Muhammad Nizamuddin Ismail, 27, dari Terengganu berkata, pemakaian tanjak memberi satu semangat baharu kepadanya.

Antara pengunjung di Dataran Merdeka yang segak bertanjak sempena Sambutan Hari Malaysia hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Antara pengunjung di Dataran Merdeka yang segak bertanjak sempena Sambutan Hari Malaysia hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

"Rasa macam nenek moyang kita dulu pula, segak dan bersemangat, jadi jangan kita malu segan nak pakai pakaian tradisi kita.

"Bukan hari ini sahaja kalau boleh pakai pada hari biasa juga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Alif Adzham, 29, dari Kuala Lumpur pula berkata, dia berharap rakyat Malaysia berbangga dengan pakaian tradisional yang dikenakan.

"Mesej yang hendak kita sampaikan adalah kita jangan malu dengan pakaian tradisi kita, berbanggalah dengan harta yang kita ada.

No Image Caption

"Buat anak-anak muda ayuh kita terus kekalkan apa yang kita ada," katanya.

Tanjak yang juga digelar tengkolok atau destar merupakan pakaian kepahlawanan Melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana.

No Image Caption

Sebelum ini kempen memakai tanjak digerakkan oleh sekumpulan individu bagi mewarnai Hari Malaysia.

Kempen yang dinamakan 'Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak' itu sebelum ini tular di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!