PH kena tunaikan janji dulu

Hassan
Hassan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) perlu menunaikan janji bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat Malaysia sebelum berdepan perikatan UMNO-Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tentangan blok pembangkang kini semakin kuat manakala rakyat pula kecewa dengan PH.

“Penyokong PH juga sudah menyampah terhadap kerajaan kerana merasakan mereka dikhianati. Lantaran itu, seperti memasang lukah di pergentingan, politik pecah belah rakyat dengan menggunakan isu kaum dan agama mula dimainkan UMNO dan Pas.

“Perikatan UMNO-Pas yang menangguk di air keruh dengan agenda sempit kaum dan agama sebenarnya bukan halangan kepada PH jika parti ini kembali kepada dasar perjuangannya yang asal.

“Pemimpin PH perlu melakukan reformasi dalam parti dan jujur membina semula negara ini berasaskan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hassan berkata, dengan cara itu sahaja PH diyakini mempunyai peluang cerah untuk bertahan pada PRU15.

Sementara itu, bekas Pengerusi PKR Johor itu turut memohon pimpinan PH untuk kembali menghormati janji-janji ditaburkan kepada rakyat dengan melaksanakannnya.

“Apakah janji- janji itu? Ia bukan sekadar janji yang bertulis dalam dokumen Manifesto Pilihanraya PH atau dibukukan dengan nama Buku Harapan.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi janji diungkapkan secara lisan yang diucapkan oleh tokoh PH dari empat parti politik PKR, DAP, Amanah dan Bersatu melalui ceramah, video, tulisan dan perbahasan di dalam media sosial dan media arus perdana,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!