Johan Setia catat IPU sangat tidak sihat

IPU di kawasan Johan Setia terus mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 204.
IPU di kawasan Johan Setia terus mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 204.
A
A
A

SHAH ALAM - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Johan Setia terus mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 204.

Laman Web Rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan skala bacaan IPU pada jam kira-kira 2 petang tadi berada pada skala sangat tidak sihat.

Selain itu, kawasan Batu Muda mencatatkan skala bacaan tidak sihat iaitu pada 112 manakala Cheras pula mencatatkan skala bacaan 153 pada jam 1 tengah hari tadi.

Bagi kawasan Putrajaya, bacaan IPU menurun daripada 202 pada jam 12 tengah kepada 194 pada jam 2 petang.

Kawasan lain di Selangor mencatatkan IPU tidak sihat sehingga jam 2 petang tadi ialah Kuala Selangor pada skala bacaan 103, Petaling Jaya 150, Klang 150, Banting 155 dan Shah Alam mencatatkan skala bacaan 159 sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!