Tujuh premis kena kompaun

Norazmi (tengah) dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Kota Tinggi membuat pemeriksaan khas di sekitar Bandar Tenggara baru-baru ini.
Norazmi (tengah) dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Kota Tinggi membuat pemeriksaan khas di sekitar Bandar Tenggara baru-baru ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kota Tinggi mengeluarkan tujuh kompaun menerusi pemeriksaan khas di sekitar Bandar Tenggara di sini baru-baru ini.

Difahamkan, operasi pada 9 September lalu dibuat bagi mengesan peniaga atau pengusaha premis jualan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kota Tinggi, Norazmi Yakob berkata, pemeriksaan merangkumi kedai serbaneka, farmasi dan pasar awam di kawasan berkenaan.

“Dalam operasi ini kita membuat pemeriksaan ke atas 25 premis hasil daripada maklumat dan aduan yang diterima.

“Hasilnya, tujuh premis diberikan kompaun kerana melakukan kesalahan seperti tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual dan menggunakan alat timbang tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazmi berkata, pihaknya sentiasa memandang serius perkara sedemikian dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang masih berdegil.

“KPDNHEP akan terus menjalankan kawalan penguatkuasaan ini bagi memastikan peniaga patuh kepada undang-undang ditetapkan sekali gus melindungi kepentingan pengguna.

"Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan ke talian 07-8826800 atau eaduan.kpdnhep.gov.my atau WhatsApp Aduan KPDNHEP melalui 019-2794317," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!