Operasi pembenihan awan berjaya hasil hujan

Operasi pembenihan awan yang dilakukan di tiga negeri di Semenanjung tengah hari tadi.
Operasi pembenihan awan yang dilakukan di tiga negeri di Semenanjung tengah hari tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi pembenihan awan (OPA) di beberapa lokasi hari ini yang bertujuan menangani masalah jerebu berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan sasaran.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia), Jailan Simon berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia dilakukan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pesawat TUDM telah bertolak dari Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi menuju kawasan fokus operasi pembenihan awan.

“Operasi hari ini berjaya membuahkan hasil apabila hujan dilaporkan di Cheras, Bangsar, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang, Gombak, Seremban, Tampin, Jelebu, Alor Gajah dan Jasin walaupun tidak menyeluruh seperti yang dijangka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, krew berdepan kesukaran ketika operasi dijalankan.

“Difahamkan krew juga mengalami kekangan dari segi masalah ‘Air Space Clearance’ memandangkan aliran trafik udara yang sibuk.

“Bagaimanapun, pasukan OPA mendarat semula di Pangkalan Udara Subang pada jam 3.05 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!