Ajal keluar simpang
KAMPAR - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh motosikal lain ketika keluar simpang di KM3, Jalan Kampar - Tronoh Mines di sini hari ini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu mangsa, Mohamad Shafarin Normiah, 32, yang berasal dari Malim Nawar meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa yang menunggang Modenas Kriss tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri.
"Pada masa sama, penunggang Yamaha Lagenda berusia 42 bersama pembonceng berusia 14 tahun dari arah Bukit Pekan menuju ke Kampar tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian kanan motosikal mangsa.
Hasron Nazri berkata, penunggang Yamaha Lagenda cedera parah di kepala manakala pemboncengnya luka ringan.
“Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Kampar manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!