Jerebu: 25 sekolah di Putrajaya ditutup esok

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 setakat jam 5 petang tadi.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 setakat jam 5 petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mengumumkan penutupan semua 25 sekolah di Putrajaya pada hari esok, 17 September 2019 akibat jerebu.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 setakat jam 5 petang tadi.

Sebelum ini media melaporkan Timbalan Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr Roslan Hussin menyatakan terdapat 11 sekolah menengah kebangsaan dan 14 sekolah kebangsaan di Putrajaya yang akan ditutup sekiranya IPU mencecah paras lebih 200.

Setakat jam 7 malam tadi, empat stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat.

Melalui bacaan dipaparkan laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di stesen Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 229 dan Putrajaya (205) dan dua lagi di Sarawak, masing-masing di Kuching (226) dan Sri Aman (207).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!