Satu penghormatan dapat teruskan karier bersama United: De Gea

David de Gea
David de Gea
A
A
A

BENTENG terakhir Manchester United, David de Gea akhirnya mengakhiri teka-teki masa depannya apabila menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Inggeris itu.

“David de Gea akan bersama Manchester United sekurang-kurangnya sehingga Jun 2023, pada masa sama terdapat pilihan untuk melanjutkan setahun lagi,” kata Manchester United di laman rasmi kelab itu.

Pemain berusia, 28 tahun itu menyertai The Red Devils dari Atletico Madrid pada 2011 membuat 367 penampilan bersama kelab berkenaan.

Penjaga gol Sepanyol itu juga sudah meraih trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sepanjang berada di Old Trafford.

Sementara itu, De Gea berkata, satu penghormatan apabila dapat meneruskan karier sejak lapan tahun lalu bersama kelab besar seperti Manchester United.

"Satu penghargaan kerana saya tidak terfikir dapat bermain lebih 350 perlawanan bersama Manchester United. Kini saya mahu meneruskan karier saya bersama kelab ini dengan meraih seberapa banyak trofi,” kata De Gea.

Dalam pada itu, Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan berita itu sebagai perkhabaran gembira kepada kem Manchester United.

"De Gea sudah membuktikan kualiti diri bagi layak kekal bersama kelab terbaik dunia seperti Manchester United seterusnya membawa kembali kelab ini ke era kegemilangan seperti sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!