Pasangan suami isteri didakwa bunuh anak
SINGAPURA - Sepasang suami isteri di Singapura didakwa hari ini kerana membunuh anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun.
Mangsa dibunuh di sebuah flat di Blok 52 Chin Swee Road pada Mac 2014.
Bagaimanapun, jasad mangsa hanya ditemui pada Selasa lalu selepas polis menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan).
Mayat kanak-kanak terbabit ditemui selepas polis melakukan pemeriksaan di unit kediaman pasangan terbabit.
Menurut dokumen mahkamah, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 31 dan 30 tahun telah ditahan reman sejak Jun 2018 atas kesalahan berkaitan kes dadah.
Polis percaya, pasangan itu membunuh mangsa sebelum mereka menjalani hukuman reman.- Chanel News Asia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!