Malaysia kutuk serangan dron di Arab Saudi

Saifuddin (tengah) pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia-China turut dihadiri Duta China ke Malaysia, Bai Tian (tiga kanan) di Wisma MABA, Kuala Lumpur hari ini. -Foto Sinar Harian
Saifuddin (tengah) pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia-China turut dihadiri Duta China ke Malaysia, Bai Tian (tiga kanan) di Wisma MABA, Kuala Lumpur hari ini. -Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam serangan dron ke atas loji minyak Aramco di Arab Saudi yang dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau Timur Tengah.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengambil maklum mengenai keadaan yang sedang berlaku dan Malaysia akan sentiasa memantau serta mengikuti perkembangan tersebut.

"Pertama, kita tidak suka peperangan tetapi apabila serangan serangan berlaku ke atas orang awam berlaku kepada aset, ekonomi sesebuah negara. Memang itu tindakan yang tidak baik.

"Kita sedang melihat perkembangan ini. Kita memang risau bila perkara sedemikian berlaku kerana ia boleh menimbulkan (krisis) di samping soal keamanan ia boleh menimbulkan kesan terhadap harga minyak dunia.

"Jadi kita pantau keadaan ini. Pendirian kita, perkara perkara seperti ini perlu dielakkan dan kita harap ia tidak akan berlanjutan. Kita sentiasa memandang serius dan mengecam serangan serangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan dron: Iran jadi kambing hitam?

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia -China turut dihadiri Duta China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma MABA Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Putera Abdulaziz Salman dalam kenyataan disiarkan agensi berita SPA sebelum ini berkata, Arab Saudi menggantung pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman.

Artikel Berkaitan:

Menteri Tenaga Arab Saudi itu berkata, serangan menyebabkan penggantungan sementara pengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais yang membawa kepada gangguan kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhan.

Aramco dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan serangan itu mengakibatkan penggantungan pengeluaran sebanyak 5.7 juta tong minyak mentah sehari.

Serangan dron pemberontak Houthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua kemudahan utama Aramco di timur Arab Saudi adalah yang terbaharu dalam siri serangan ke atas loji minyak negara itu sejak beberapa bulan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!