ADUN cadang hantar bomba ke Indonesia

Mohd Fakhrulrazi memuat naik hantaran beliau di Facebook hari ini.
Mohd Fakhrulrazi memuat naik hantaran beliau di Facebook hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dicadangkan agar menghantar pasukan bomba dan penyelamat ke Indonesia bagi membantu menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah di republik itu ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, bantuan itu penting memandangkan masalah jerebu turut dihadapi rakyat di negara ini.

"Walaupun ia berpunca dari negara jiran tapi atas dasar setiakawan dan masalah ini juga memberi kesan kepada kita, amat wajar bantuan ini dihulurkan," katanya yang memuat naik hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mohd Fakhrulrazi berkata, kerjasama antara dua negara amat penting bagi membantu antara satu sama lain.

"Mudah-mudahan ketika nanti kita ditimpa musibah, mereka juga akan membantu kita nanti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!