Adinda Sultan Kelantan lapor polis

Tengku Ramizan (kiri) dan Majdah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri.
Tengku Ramizan (kiri) dan Majdah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri.
A
A
A

KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra membuat laporan polis berhubung fitnah terhadap baginda di Facebook baru-baru ini.

Baginda diwakili sepupu, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini pada jam 11.30 pagi tadi.

Peguam Majdah Muhamad yang mewakili Tengku Amalin berkata, baginda sendiri menitahkan laporan polis dibuat terhadap komen seorang pemilik akaun Facebook bernama Shaiful Afzan fitnah berat mengatakan baginda anak angkat.

“Satu hantaran dimuat naik di laman Info Rakyat Dalam Kelantan Version 02 (IRDK) oleh Mekliss Nor Liss dan meletakkan sekali komen yang dibuat oleh Shaiful Afzan.

“Hantaran tersebut tersebar di laman IRDK yang mempunyai ramai pengikut dan komen dibuat oleh Shaiful Afzan adalah fitnah berat terhadap baginda,” katanya pada sidang akhbar di IPD di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan dibuat bagi menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memfitnah puteri bongsu kepada Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tersebut.

Hantaran yang dimuat naik dalam laman IRDK dan komen yang memfitnah Tengku Amalin Aishah Putri.
Hantaran yang dimuat naik dalam laman IRDK dan komen yang memfitnah Tengku Amalin Aishah Putri.

“Mekliss Nor Liss ada membuat permohonan maaf yang dihantarkan melalui mesej namun kami serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

“Fitnah sebegini di media sosial sangat berat dan tindakan tegas perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada pemfitnah supaya tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini tular berhubung dua individu yang memuat naik satu hantaran di laman IRDK memfitnah Tengku Amalin Aishah Putri.

Tengku Amalin Aishah Puteri satu-satunya puteri kepada Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis.

Baginda berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa dan pernah berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Kota Bharu bermula pertengahan tahun 2006 hingga 2009.

Baginda berkahwin dengan Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Pengiran Mohamed Bolkiah pada 27 Jun 2013 dan dikurniakan dua puteri berusia 5 serta 3 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!