Trak jatuh gaung di Filipina ragut 15 nyawa
MANILA - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila trak yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di selatan Filipina, pagi tadi.
Menurut jurucakap polis, Joel Limson, ketika kejadian trak berkenaan sedang dalam perjalanan ke bandar T'Boli di wilayah Cotabato Selatan yang terletak kira-kira 1,030 kilometer dari Manila.
Sementara itu, Pegawai Pengurusan Bencana Rolly Aquino memaklumkan, pihaknya menerima 15 mayat dari tapak nahas.
"Jumlah sebenar penumpang di dalam trak terbabit masih belum disahkan. Mangsa cedera telah dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
"Punca kemalangan masih disiasat namun pemandu dipercayai hilang kawalan atau terdapat masalah pada tayar atau brek," katanya dalam video yang di muat naik di Facebook. - DPA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!