90 kontena bawa hasil tani nilai RM3.76 juta dirampas

Bawang antara keluaran pertanian yang dirampas Maqis Pulau Pinang.
Bawang antara keluaran pertanian yang dirampas Maqis Pulau Pinang.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebanyak 90 kontena yang membawa pelbagai hasil pertanian dirampas kerana disyaki tidak mematuhi syarat import di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, antara hasil pertanian tersebut adalah kubis bulat, bawang, ubi kentang, brokoli, lobak, halia, kacang tanah, biji kopi dan sebagainya.

Menurutnya, kesemua hasil pertanian itu dianggarkan seberat 2,193 metrik tan bernilai RM3.76 juta.

"Maqis Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian dari pelbagai negara tanpa mematuhi syarat import iaitu ketidakpatuhan sijil perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) di sini semalam.

90 kontena yang mengandungi keluaran pertanian tanpa permit dirampas.
90 kontena yang mengandungi keluaran pertanian tanpa permit dirampas.

"Kita telah mengeluarkan kompaun lebih RM353,000 kepada pengimport setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya. Selain itu, pengimport juga diberi peringatan supaya mematuhi syarat pengimportan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengimport tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(2) akta sama.

"Jika sabit kesalahan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Maqis Pulau Pinang akan sentiasa melakukan pemeriksaan di pintu masuk bagi setiap keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Bungkusan mengandungi hasil pertanian yang dirampas di Pengkalan Kontena Butterworth Utara semalam.
Bungkusan mengandungi hasil pertanian yang dirampas di Pengkalan Kontena Butterworth Utara semalam.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!