Sabah, Sarawak lebih kaya berbanding negeri lain: Dr Mahathir

Dr Mahathir (dua dari kanan) bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (dua dari kiri) sebelum mempengerusikan perjumpaan khas pimpinan Bersatu Sabah hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah dan Sarawak perlu bangkit bersama dengan lain-lain negeri bagi memastikan tiada jurang besar atau ketidaksamaan antara setiap negeri.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya berbanding lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia dan menegaskan bahawa negeri-negeri di Borneo itu memiliki tanah luas.

“Kita perlu kaji semula dasar kita berhubung dengan pertanian, pertanian moden yang boleh memastikan penduduk di luar bandar juga boleh menjadi kaya.

"Ia berkaitan dengan tanah, Sabah dan Sarawak mempunyai tanah,” katanya dan menambah tanah-tanah itu boleh dibangunkan dengan teknologi baharu.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!