Rasuah: Ahli perniagaan didenda RM1.5 juta

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon didenda RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan, bersubahat dengan perlakuan salah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menerima suapan RM1 juta daripadanya pada 2013.

Eng Boon, 71, diperintah membayar denda itu esok atau penjara setahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakimannya berkata, mahkamah telah mengambil kira beberapa faktor termasuk rayuan serta kepentingan awam.

“Pertama, tertuduh telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula dan ini telah menyelamatkan masa mahkamah. Kedua, ini adalah kesalahan pertamanya.

“Ketiga, saya juga mengambil kira fakta kes yang pertuduhan ini adalah bersubahat dan jumlah wang yang terlibat RM1 juta di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dalam kes ini,” katanya.

Hakim itu berkata, hukuman itu adalah untuk mencapai objektifnya bagi pencegahan dan berbentuk pengajaran, kerana rasuah adalah satu jenayah serius yang merosakkan pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!