Skuad B-15 negara sedia gegar Laos
SKUAD Bawah 15 tahun negara (B-15) berada dalam motivasi terbaik untuk cuba melakar kemenangan ke atas Kemboja dalam perlawanan Kumpulan J Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 di Vientiane, esok.
Keyakinan itu disuarakan pengendalinya, P Maniam yang menyifatkan pemainnya komited memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu selain percaya mampu menghasilkan keputusan positif ke atas Kemboja.
“Pusingan kelayakan adalah berbeza dan saya percaya lawan juga tahu kelebihan dan kelemahan pasukan kami. Tetapi, pemain berada pada tahap terbaik dan sudah sedia bermain.
“Kami juga akan fokus kepada satu perlawanan demi satu perlawanan memandangkan diundi dalam kumpulan yang tidak kurang hebatnya. Kami akan ambil satu perlawanan demi satu perlawanan.
“Saya juga mengharapkan doa dan sokongan daripada penyokong negara demi memastikan kemaraan kami dalam pusingan kelayakan ini,” katanya pada sidang media pra perlawanan, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!