'Jangan jadikan Piagam Muafakat Nasional bahan provokasi'

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

ALOR SETAR - Jangan jadikan Piagam Muafakat Nasional UMNO-Pas sebagai bahan provokasi atau sentimen negatif semata-mata, kata penganalisis politik, Md Shukri Shuib.

Menurutnya, kerajaan harus lebih peka dengan kebajikan dan kedudukan orang Melayu serta Islam khususnya dalam apa jua tindakan mahupun dasar.

“Kebimbangan terhadap piagam itu bukan menjurus kepada soal ambil alih kuasa atau mahu jadi kerajaan.

"Buat masa ini ia lebih kepada muafakat nasional atas perpaduan ummah yang menjurus ke arah kebaikan rakyat dan negara,” katanya.

Tambahnya, pembangkang pula disaran untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membangunkan negara.

Md Shukri
Md Shukri

“Tanggungjawab semua pihak selepas pilihan raya dan pembentukan kerajaan adalah memelihara kestabilan negara, bersatu dan maju. Ini harus ditekankan. Kita tidak boleh halang apa sahaja bentuk penyatuan dan perpaduan selagi tidak mendatangkan bahaya kepada negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Md Shukri berkata, hala tuju Piagam Muafakat Nasional masih belum jelas sama ada berunsur aktiviti dan ceramah semata-mata atau ke arah gabungan kuasa di negeri ditadbir UMNO serta Pas.

“Aspek ini yang sedang dinilai. Apa jua hala tuju, kita harap hubungan baik kedua-dua parti bersama Perdana Menteri tetap disemai demi manfaat dan kestabilan negara secara holistik,” katanya.

'Hala tuju Piagam Muafakat Nasional masih samar'

Menurut beliau, pembangkang kini dilihat lebih matang dan terarah berbanding era pembangkang sebelum PRU14.

“Mereka berhak dihormati dengan gerak kerja mereka. Parti kerajaan juga harus lebih proaktif mendampingi rakyat dan bina kepimpinan bersifat daya saing yang positif jika mahukan perimbangan politik,” katanya.

Tambah beliau, Piagam Muafakat Nasional diibaratkan sebagai aktiviti parti yang bersifat memperbaiki hubungan strategik pemimpin dan penyokong kedua parti.

“Usaha mereka untuk lebih akrab secara demokratik, hak kebebasan mereka melakukan aktiviti bersama. Tambahan pula mereka tidak bersifat anarki jalanan atau ganggu urusan harian rakyat atau kerajaan. Secara prinsipnya, mereka bebas bergabung,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!