Jerebu di Pulau Pinang makin buruk

Keadaan berjerebu di Pulau Pinang semakin membimbangkan dan mencatatkan IPU sangat tidak sihat di kawasan Balik Pulau.
Keadaan berjerebu di Pulau Pinang semakin membimbangkan dan mencatatkan IPU sangat tidak sihat di kawasan Balik Pulau.
A
A
A

GEORGETOWN - Keadaan jerebu di Pulau Pinang makin buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balik Pulau mencatat bacaan sangat tidak sihat.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di Balik Pulau direkodkan pada bacaan 218 manakala tiga kawasan lain di negeri ini mencatatkan IPU tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Di Minden, Universiti Sains Malaysia mencatatkan bacaan IPU 197, stesen di Seberang Jaya (144) manakala stesen Seberang Perai (149) dalam tempoh sama.

Sebanyak 51 sekolah di daerah Barat Daya diarahkan tutup pagi ini.
Sebanyak 51 sekolah di daerah Barat Daya diarahkan tutup pagi ini.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan kesemua 51 sekolah di daerah Barat Daya diarahkan tutup selepas keadaan jerebu di kawasan berkenaan semakin buruk pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan di sekitar negeri ini juga mendapati pemandangan di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang kabur berikutan keadaan berjerebu.

Orang ramai boleh melayari laman web APIMS untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.

Artikel Berkaitan:

Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!