Lima kawasan di Selangor masih catat IPU tidak sihat
SHAH ALAM - Lima kawasan di Selangor masih mencatat indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat melebihi skala bacaan 200 sehingga jam 9 pagi tadi.
Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan itu termasuk Johan Setia (260); Shah Alam (221); Petaling Jaya (205); Putrajaya (203) dan Klang (202).
Menurut kenyataan itu, IPU di empat kawasan termasuk dua di Kuala Lumpur direkod sebagai tidak sihat
Ia termasuk kawasan Kuala Selangor (198); Batu Muda (196); Cheras (188) dan Banting (187).
Sementara itu paras kualiti udara di beberapa kawasan di luar Selangor masih kekal mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Sri Aman, Sarawak (237); Nilai, Negeri Sembilan (210) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (218).
Sebanyak 31 kawasan lain pula mencatat bacaan skala tidak sihat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!