Serantau Muslim taja kelengkapan sekolah anak Rohingya

Antara penerima sumbangan yang menerima bantuan barangan kelengkapan sekolah.
Antara penerima sumbangan yang menerima bantuan barangan kelengkapan sekolah.
A
A
A

SUBANG JAYA - Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyantuni seramai 19 anak yatim pelarian Rohingya dalam program 'Back To School' yang dianjurkan di Pasaraya Mydin, di sini, semalam.

Menerusi program itu, kelengkapan sekolah termasuk pakaian, kasut, beg, alat tulis disumbangkan kepada pelajar berumur antara 7 hingga 13 tahun.

Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Kesihatan, Dr Muhammad Azrin Omar ketika ditemui memuji program dianjurkan dan berharap usaha itu diteruskan pada masa akan datang.

"Program sebegini amat dipuji, usaha kerjasama antara pelbagai pihak seperti pihak kementerian, NGO dan badan korporat seperti akhbar Sinar Harian dan pasaraya Mydin perlu dicontohi oleh pihak lain," katanya.

Serantau Muslim menaja alat kelengkapan sekolah 19 anak yatim pelarian Rohingya
Serantau Muslim menaja alat kelengkapan sekolah 19 anak yatim pelarian Rohingya

Sementara itu, Pengurus Besar Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang melalui Tabung Sinar4Rohingya kelolaan Sinar Harian yang menjadi penyumbang utama kepada program tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama NGO iaitu United Kingdom Islamic Missiom (UKIM) yang menaja yuran persekolahan serta wang sara diri kepada anak anak yatim pelarian Rohingya tersebut.

"Program kelolaan Serantau Muslim ini adalah program berkala secara tahunan. Orang ramai yang berminat untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan boleh layari portal untukmurohingya.com untuk menghulurkan sumbangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!