Perkelahan empat sahabat bertukar tragedi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Keseronokan empat rakan berkelah di Pantai Aceh, di sini, semalam bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang itu, mangsa, Irman Shah Zubir, 8, lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus.

Manakala abang mangsa, Mohd Danial Zubir, 10, dan dua lagi rakannya berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Juyana @ Azlan Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.35 petang daripada orang awam.

“Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut beliau, mangsa bersama keluarga dan dua lagi rakannya dipercayai dari Banting ke pantai berkenaan untuk berkelah.

“Mangsa bersama abang dan dua lagi rakan bermain-main di tepi air berhampiran kawasan tambak batu sebelum dihanyutkan arus.

“Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui terapung di tempat mangsa dilaporkan hilang, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan oleh orang awam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut.

“Operasi SAR tamat kira-kira jam 4.50 petang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!